Penah tak korang terfikir untuk ulang semula atau putar balik waktu supaya kita dapat baiki balik kesilapan yang kita dah buat... tak kira pada diri kita atau orang di sekeliling kita. Aku sesalu berharap supaya aku boleh turn back time supayu aku dapat betulkan keaadaan berdasarkan kesilapan yang dah aku buat. Rasa menyesal dan fikiran berkecamuk dengan ape yang dah jadi buatkan kita jadi hilang arah dan tumpuan dalam melakukan ape jer. Ketika hilang arah aku terus menuju pada ibuku dan bertanya padanya.
Nizam : Ibu, pernah tak ibu rasa menyesal melakukan sesuatu dan rase nak putar balik waktu supaya ibu dapat betulkan ape yang dah jadi?
Ibu : Hmm... tak ada.
Nizam : Tak ada? biar betul. Jadi ibu rasa segala yang ibu lakukan selama ni semuanya betul? Perfect? Ibu tak pernah lakukan kesalahan ker?
Ibu : Ibu ni bukannya Nabi ataupun Malaikat. Dah tentu la ibu pernah melakukan kesalahan sayang
Nizam : Abeh tu Ibu tak menyesal ker?
Ibu : Tak...
Nizam : Tapi kenape?
Ibu : Look young man... Selama Ibu hidup, Ibu tak pernah menyesal melakukan kesilapan kerana kalau Ibu tak lakukan kesilapan itu, Ibu tak akan tahu cara yang betul untuk melakukan sesuatu sebab kita akan belajar daripada kesilapan yang telah kita lakukan dan sesungguhnya kita akan melakukan yang lebih baik lagi.
Perbualan kami berakhir dengan senyuman Ibuku. Aku sekarang paham sebab ape hidup Ibu ku memang selalu bahagia walaupun ada masalah yang timbul pasti ibu tangani dengan tenang. Aku sedar, kita sering melakukan kesilapan dan sepatutnya kita berlajar dari kesilapan itu dan tidak mengulanginya. Hidup mesti diteruskan... Inshaallah.
p/s: Mom, I miss and Love you so much...
comey +)
ReplyDeleteyup kesilapan akan wat kite matang..sure kite xkan ulanginye laagi...setiap manusia wat kesilapan..kite kene bg peluang kat mereka tok jd yg lebeh baik..
ReplyDelete