16 January 2010 - Saturday
Yan (Alor Setar) memang mempunyai tempat air terjun yang indah. Ada beberapa spot utk picnic kat sini. Tempat utk ber'picnic' yg aku maksudkan adalah air terjun yang tak kurang hebatnya dengan air2 terjun seantero dunia. Pada hujung minggu yang lepas, sempat la aku dan kawan2 ku pegi picnic kat salah satu air terjun yang popular tu yang iaitu Air Terjun Sri Perigi. Sebelum sampai ke tempat indah itu... pelbagai halangan yang kami tempuhi. Al maklumlah kami ni baru2 di sini.
Sri Perigi Waterfall is located about 35 km from Alor Setar in Yan district. Beside Sri Perigi Waterfall, there is few beautiful Waterfalls aroud Yan which is Titi Hayun, Baru Hampar and Kolam Istana. Recently... there is no rain here and the water is not so finicky but then, honestly speaking it was really enjoyable here if we go with family or friends together with nasi lemak or at least sandwiches.
Perjalanan kami dimulakan pada jam 9 pagi dengan bonet yg penuh sarat dengan makanan yang dimasak sendiri oleh Teah dan Farah... credit for u all coz mmg sedap la masakan korang hingga aku tak berhenti-henti makan. heheheeh. Perjalanan memakan masa satu jam dari Alor Setar dan lebih kurang pukul 10 kami sampai ke destinasi yang ingin dituju. Pada asalnya kami nak ke Titi Hayun sbb orang cakap kat sini tempat yang paling best. Tapi sampai2 je, tengok2 just ada sungai yg biase dan air pun tak banyak coz skarang ni kan musim kemarau. Hampa la pulak dan perut pulak dah mula menyanyi. Farah cadangkan kami ke Kolam Istana. Tempat ni sebenarnya dulu tak dibuka pada orang awak coz kerabat di Raja je yang bole mandi. Tapi skarang dah boleh. So kami semua pun berangan la nak mandi macam putera puteri kat sana. Sesampai kat sana, keadaan sangat sunyi dan agak menyeramkan coz takde orang langsung kat situ membuatkan kami pun patah balik ke Titi Hayun dengan harapan dapat melihat air terjun mencurah-curah sambil menikmati makanan.
Setibanya pulak kat Titi Hayun tu balik kami pun masuk jugaklah dan ada satu pintu gerbang yg bertajul...'Air Terjun Puteri Mandi 3 km'. Kami pun menjadi seronok dan terus je masuk dan berjalan tanpa segan silu. Jalan punye jalan semua dah merungut kepenatan sebab kami bawak barang yg banyak ye (makanan). Orang yang paling kuat merungut adalah Farah. Kami jalan dan ianya tidak membawa ke mana-mana. We are so frustrated and we just turn back with broken heart. Akhirnya kami sebulat suara menuju ke Sri Perigi...
Kul 12 tiba juga la kami kat Sri Perigi. Kawasan permandangan air terjun yang sangat cantik walaupun airnya kurang tp ianya mengubat hati lara. Kami terus je bentang tikar dan menikmati makanan betul2 di bawah terjunan air... Lepas je makan kami pun mandi-manda la seadanya.
Indah sungguh ciptaan tuhan. Alhamdullillah kerna aku dapat menikmati semua ini.
Life is short... enjoy it once u still can.
ermm.... kawasan bukit hayn tu kotor sikit dengan sampah sarap... kurang kesedaran sivik ler pengunjung kat kawasan air terjun tu ...
ReplyDelete