Restoran Old Village terletak berhampiran dengan Tmn Sri Derga, Alor Setar. Restoran ini betul2 dibina di tepi sungai dan you all semua boleh menikmati makanan sambil menikmati pemandangan yang indah. Bertambah selera tau... Restoran ini dibuka bermula jam 6.30 petang hinggalah ke 2.00 pagi. So, sangat sesuailah untuk pasangan yang nak berdating pada waktu malam sambil dinner kerana suasana tempat ni memang romantik dan kita juga boleh memilih tempat duduk sama ada di dalam dan juga di luar di mana yg istimewanya tempat ini, kita boleh makan di atas sungai kerana pelantarnya dibuat di atas sungai. Menarikkan....
Bercerita pasal makanan di sini, menu yang aku nak 'rekomen' kan adalah 'Old Village Fried Rice'. Memang sedap dan menyelerakan. Antara menu yang lain lebih kurang sama dengan restoran2 yang lain. Harganya pulak amatlah berpatutan. Sambil menikmati makanan yang sedap2 tu... kita juga dihidangkan dengan lagu2 yang romantik la sebagai halwa telinga sambil angin bertiup sepoi2 bahasa dan aku sendiri dapat lihat pokok2 kat tepi sungai tu menari-nari mengikut alunan lagu dan angin. Memang best dan sesuai sekali untuk orang yang sedang berpacaran selain sesuai juga untuk yang dah
berkeluarga. Romantik abeslah...
Kat sini disertakan pelan untuk ke tempat ni. Senang je, just follow dari Jln Langgar dan ada anak panah di situ. Pandai2 la nak cari ok. Selamat menjamu selera...
Rating: ****
No comments:
Post a Comment